Pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan 114 ahli parlimen hari ini adalah untuk memastikan mereka tidak menyokong ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob di bawah paksaan, kata Ahmad Maslan.<br /><br />Ahli Parlimen Pontian itu juga memberi jaminan rakyat akan berpeluang mengundi untuk kerajaan baru selepas wabak Covid-19 terkawal.