Polis menumpaskan sindiket ah long yang beroperasi sekitar daerah ini melibatkan pinjaman RM1.5 juta selepas menahan tiga lelaki tempatan pada 18 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketiga-tiga suspek itu berusia 27 hingga 47 tahun dan sindiket itu didapati sudah beroperasi sejak hujung 2019.

Kata beliau jumlah pinjaman ditawarkan antara RM1,000 hingga RM100,000 dengan kadar faedah bulanan sebanyak lapan hingga 15 peratus.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/2331171590349641