Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menasihatkan semua wakil rakyat agar berubah kepada politik yang lebih matang, jujur dan ikhlas untuk membantu negara.

Tengku Hassanal bertitah, rakyat dan negara tidak wajar dibebani dengan kemelut politik dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Baginda bertitah demikian sempena Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sumber video: https://fb.watch/7yVUhoAf7w/