Tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Katanya, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui platform Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.<br /><br />Menurutnya beliau memaklumkan bahawa senarai kabinet akan diumum minggu ini.