Setiausaha politik Azmin Ali menafikan laporan bahawa ahli parlimen Gombak itu mengugut untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.<br /><br />Muhammad Hilman Idham berkata, laporan yang disiarkan Malaysiakini dan Free Malaysia Today adalah "sama sekali palsu, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab".