Azlee Senario berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar-legar di alam maya.

Ujar Azlee atau nama sebenar Azlee Jaafar, sebarang berita yang tidak sahih dianggap satu fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan seseorang individu.

“Kalau kita tidak kenal pasti benda itu sahih atau tidak, jangan kita sebarkan benda-benda tak elok sebab ia akan menjatuhkan fitnah.

“Apabila jatuhkan fitnah, berdosa... Malaysia ada undang-undang, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Azlee menyifatkan rakannya iaitu Lan Pet Pet yang terkait dengan dakwaan menjual barangan terlarang adalah seorang individu yang baik dan ceria.

“Kalau tak kenal Lan Pet Pet, orang akan ingat macam tu, kita Senario dah 25 tahun... kita kenal hati budi Lan, dia seorang yang baik.

“Tohmahan begitu ia akan menjatuhkan fitnah, saya kenal Lan Pet Pet tu siapa, dia seorang yang suka bergurau senda dan happy go lucky,” katanya.