Ewal masih berharap perancangannya untuk menamatkan zaman bujang dalam sebuah majlis sederhana pada akhir tahun ini akan terlaksana.

Faham dengan situasi pandemik Covid-19, Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz berkata, perancangan itu bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini merupakan perkahwinan saya yang pertama jadi kita nak lah ada majlis-majlis, nak menwar-warkan hari bahagia.

“Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, kita tengok sama ada lambatkan ke bulan dua atau percepatkan pada bulan 12,” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang bakal isterinya iaitu Adda, Ewal berkata, hubungan cinta mereka baharu sahaja terjalin tiga bulan, namun dia mengenali wanita itu sejak 15 tahun lalu.

“Saya bercinta dengan Adda sudah tiga bulan tapi memendam rasa sudah 15 tahun. Adda ni seorang penyanyi, pernah ada band bernama Butterfly.

“Sekarang dia fokus kepada perniagaan dan dia juga adik kepada gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody.”