Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan Selangor untuk menarik semula penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang dibuat pada Mei lalu.

Dalam sidang media hari ini, bekas pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu membidas tindakan penyahwartaan tersebut ketika Selangor berdepan banyak masalah berhubung sumber airnya.

Cadangan membangunkan hutan itu antara lain katanya, akan memberi kesan buruk ke atas peranan kawasan itu sebagai kawasan takungan air.

Sumber video: https://www.facebook.com/charlessantiago/videos/630099711292067