Kerajaan setakat ini masih belum mewajibkan rakyat Malaysia untuk menerima vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. <br /><br />Bagaimanapun katanya, industri diminta melaksanakan galakan dalam sektor (sectoral persuasion), seperti mewajibkan vaksinasi sebagai syarat berurusan. <br /><br />Sementara itu Khairy berkata, kerajaan akan mewujudkan dasar kebangsaan yang baru bagi mengambil kira golongan yang enggan divaksin.