LUAH pengalaman pahit dalam lagu… itu yang dilakukan penyanyi baharu Killa Driz apabila kisah dia ditipu ketika baru melangkah masuk industri muzik underground.

Ujar Driz atau nama sebenar Mohamed Idris Shah, 22, lagu berjudul Siapa Tahu menceritakan kekesalan dan rasa dengan apa yang dilaluinya kerana dia begitu meminati bidang ini.

“Pengalaman yang paling saya tak ada lupa adalah kena tipu dengan orang muzik… apabila saya buat lagu atau muzik tapi mereka tidak bayar.

“Saya juga pernah buat persembahan tapi mereka cakap tak boleh bayar tapi orang lain ada bayaran. Benda-benda ini buat saya rasa sedih,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Driz berharap agar orang ramai tidak membezakan antara muzik underground dan main stream.

“Secara jujurnya antara underground dan main stream tidak ada perbezaan tapi saya faham yang main stream pengikutnya lagi luas,” katanya.