Ahli MT Umno, Mohd Puad Zarkashi berbeza pandangan dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin, yang menyifatkan Muhyiddin Yassin berjiwa besar kerana menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Negara tanpa sebarang bayaran.<br /><br />Bagi Mohd Puad, bekas perdana menteri itu lebih berjiwa besar sekiranya dia menolak pelantikan tersebut.
