Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpandangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tidak diperlukan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu hadapan.<br /><br />Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan berkata, ini kerana tidak wajar kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diabsahkan oleh Dewan Rakyat.