Pemberian vaksin kepada golongan remaja akan dibuat secara berperingkat seiring tarikh pembukaan sekolah yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelak.<br /><br />Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis petang.<br /><br />Jelas Khairy, beliau beranggapan tidak semua pelajar sempat divaksin sebelum sekolah dibuka semula, namun yakin usaha itu akan terus giat dijalankan secara berperingkat.
