BERMULA sebagai gurauan, nampaknya gelagat pelakon Sharnaaz Ahmad mengusik rakan selebritinya iaitu Shukri Yahya semasa Instagram live akhirnya mengundang rasa kurang senang Caprice.<br /><br />Walaupun Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama, namun filter memakai serban dan slang gaya percakapannya semasa bersiaran dipercayai menyerupai penyanyi rap berkenaan.