Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dari parti DAP dirakam percakapannya hari ini berhubung kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, pada 2 Ogos lalu. <br /><br />Ketika ditemui di luar Balai Polis Dang Wangi, beliau berkata pihak polis perlu memberi perhatian terhadap isu yang lebih penting di negara ini, iaitu berkaitan dengan jenayah dan isu Covid-19 berbanding isu ini.<br /><br />Beliau dirakam percakapan selama 15 minit di balai polis berkenaan dan ditemani oleh peguamnya Wong Kah Woh.