Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari DAP dirakam percakapannya hari ini di Balai Polis Wangi berkenaan kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di Dataran Merdeka, di sini, pada 2 Ogos lalu. <br /><br />Peguamnya, Syahredzan Johan berkata pada hari kejadian, Shu Qi berada dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen dan anak guamnya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. <br /><br />Oleh itu, Shu Qi menyatakan rasa kesal dengan tindakan polis memanggilnya untuk dirakam percakapan dan dia berharap tiada lagi salah faham dari pihak polis.
