Semua ahli Parlimen perlu melakukan ujian saringan Covid-19 menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen secara berkala di sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat kali ini bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.<br /><br />Menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ujian tersebut akan dilakukan pada setiap Isnin dan Rabu. <br /><br />Persidangan Dewan Rakyat pada penggal ini akan bersidang selama 17 hari, iaitu dari 14 September hingga 12 Oktober.