Persidangan Dewan Rakyat sedikit tegang ketika ahli-ahli parlimen pembangkang memohon penjelasan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berhubung kebenaran memasuki Dewan Rakyat pada 2 Ogos lalu.<br /><br />Ketika Hamzah menjelaskan kompaun yang dikenakan terhadap ahli parlimen pembangkang, beliau dicelah oleh ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dan menggelarnya 'mangkuk'. <br /><br />Beberapa ahli Parlimen kerajaan kemudian menggesa Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Mahfuz kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap Hamzah.