Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dibenarkan untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat esok selepas Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon bersetuju memendekkan penggantungan dua hari kepada sehari.<br /> <br />Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) sebelum itu merayu kepada Rashid agar mempertimbangkan keputusannya menggantung Rayer untuk dua hari.