Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa negara mempunyai lebihan doktor siswazah, sebaliknya berdepan kekurangan doktor-doktor pakar. <br /><br />Sehubungan itu katanya, kerajaan akan membenarkan pegawai perubatan kontrak untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), iaitu biasiswa penuh KKM bagi doktor mengikuti program pengajian kepakaran di IPTA semasa bekerja.<br /><br />Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai perancangan KKM berhubung masa depan doktor kontrak.