Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said meminta agar usul rang undang-undang antilompat parti yang dibawanya sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat dengan secepat mungkin.<br /><br />Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata, RUU ini juga perlu memberi kuasa kepada pengundi melalui referendum untuk menentukan nasib ahli parlimen yang telah meninggalkan parti mereka.<br /><br />Tambahnya, kerajaan juga harus menyedari hakikat bahawa perubahan kesetiaan wakil rakyat tidak selalunya dilakukan dengan pilihan mereka.
