Nabila Razali tidak melepaskan peluang mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berlatih vokal.

Hasilnya terserlah apabila peminat dapat mendengar perubahan mutu nyanyian Nabila menerusi Program Amal COVAID anjuran stesen radio Hot FM yang semakin baik.

“Terima kasih kepada yang sedar dengan perubahan sebab walaupun dalam PKP saya tetap masuk kelas (nyanyian) dan masih lagi bertanya dengan cikgu.

“Sekarang tak sibuk, jadi inilah masa untuk timba ilmu banyak-banyak sebab nanti kita dah nak mula kerja balik,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu Nabila yang mesra disapa Bella memberitahu lagu Peluang Kedua yang dinyanyikan dalam program itu adalah hasil susunan semula Hael Husaini.

“Lagu peluang Kedua dalam ni mix versi AJL tapi dibuat baharu oleh Hael Husaini. Dia yang buat muzik arrangement untuk lagu versi Peluang Kedua yang ini.

“Dan semestinya saya masukan melodi-melodi daripada AJL, mungkin ada yang tak puas nak dengar sepatutnya persembahan tu jadi macam mana, dan ini adalah bunyi Peluang Kedua versi AJL tu hari,” katanya.