Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menjelaskan ahli parlimen PH tidak akan mendapat apa-apa keuntungan peribadi selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan.<br /><br />Bagaimanapun kata ahli Parlimen Damansara itu, PH kini secara keseluruhannya akan mempunyai suara dalam rang undang-undang kerajaan, terutama membabitkan belanjawan.<br /><br />"Bagi saya itu adalah kemenangan bagi pembangkang, PH dan rakyat. Ini bukan situasi di mana pembangkang hanya menuruti setiap kehendak dan kemahuan kerajaan. Ini sebaliknya," kata Tony kepada KiniTV.
