Mahkamah Rayuan membuat teguran terhadap permohonan pasukan peguam Khairy Jamaluddin untuk menangguhkan rayuannya - yang sekian lama tertangguh - terhadap saman fitnah yang difailkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim.<br /><br />Lee Swee Seng yang mempengerusikan panel tiga hakim mengingatkan peguam menteri kesihatan itu, Sarah Malini Abishegam bahawa pihaknya seharusnya menyediakan peguam lain untuk penghujahan jika ketua pasukan pembelaan kurang sihat.<br /><br />Sarah sebelum itu memohon penangguhan susulan ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat menghadiri prosiding dalam talian hari ini kerana kurang sihat.
