Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman berkata dia menjangkakan sesuatu yang lebih “konkrit” daripada perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan pusat dan Pakatan Harapan.

Dalam satu webinar semalam, beliau meluahkan kekecewaan berhubung MoU itu kepada seorang lagi ahli panel iaitu ahli parlimen Seremban, Anthony Loke.

Ahli Parlimen Pengerang itu turut mempersoalkan mengapa MoU itu hanya ditandatangani oleh blok politik, berbanding semua ahli parlimen yang akan menjadikannya lebih adil.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/ASLImyofficial/