NAMPAKNYA bekas pembantu Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli perlu lebih bekerja keras untuk memenangi hati anak-anak jutawan kosmetik itu.<br />Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.<br />Ketika berkongsi pendapatnya tentang hal itu kepada mStar, Eric berkata Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi.