Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.<br /><br />Menurut portal Harian Metro, penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara tersebut selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok daripada pihak berkuasa Malaysia.<br /><br />Sumber memaklumkan kepada portal itu bahawa Nur Sajat, 36 tahun, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.
