Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini dan krew KiniTV sempat ke salah sebuah lokasi PPV bagi menemu bual pelajar-pelajar yang menerima dos pertama hari ini. <br /><br />Rata-rata pelajar yang ditemu bual oleh KiniTV, mereka berasa gembira mendapat suntikan vaksin supaya mereka dapat hadir ke sekolah selepas ini. <br /><br />Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini melawat SMK Putrajaya Presint 8(1) yang dijadikan PPV sementara untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
