Pembangkang mempersoalkan kewajaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawainya yang ditahan atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.<br /><br />Gobind Singh Deo (PH-Puchong) menyifatkan siasatan sendiri oleh agensi itu boleh mengundang pelbagai spekulasi umum mengenai kesungguhan SPRM melawan rasuah.<br /><br />Gobind merujuk kenyataan SPRM hari ini yang mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
