Beberapa ahli Parlimen DAP hari ini mencabar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali untuk menjawab jika beliau merupakan menteri kanan yang didakwa menghalang Nga Kor Ming (DAP - Teluk Intan) daripada mempengerusikan sidang Dewan Rakyat semalam.<br /><br />Semalam sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang "menteri kanan" telah menghalang Nga yang telah diundang secara bertulis untuk mempengerusikan sidang Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.