SPRM sedang meneliti beberapa dokumen berhubung wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang didakwa telah dipindahkan ke akaun bank luar negara.<br /><br />Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap dilaporkan berkata, pihaknya memperoleh dokumen itu selepas pegawainya menemui Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di pejabatnya semalam.