Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menjelaskan beliau tidak kisah tidak dilantik sebagai menteri di bawah kerajaan Ismail Sabri Yaakob, memandangkan pernah memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan BN dahulu. <br /><br />Dalam program bual bicara anjuran Umno Online malam tadi, Nazri berkata sebaliknya beliau selesa memainkan peranan sebagai ahli parlimen senior yang lebih bebas menyuarakan pandangan tanpa perlu mempertahankan keputusan kerajaan. <br /><br />Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/919841662073128
