Bersatu bersedia menerima sebarang keputusan berhubung kerjasama di antara parti itu, PAS dan Umno pada pilihanraya umum ke-15, kata Presidennya Muhyiddin Yassin.<br /><br />Bagaimanapun katanya, setakat ini masih belum jelas berhubung hala tuju ke depan sama ada Umno akan meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional. <br /><br />"Jika mereka nak bersama kita, kita kerja bersama. Jika tak bersama PN, kita akan lawan mereka di pilihan raya. Itu adalah prinsip yang saya rasa boleh diterima ahli-ahli PN", katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan Bersatu Johor di Pagoh hari ini.