Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk campur tangan dan membuat ketetapan sewajarnya berhubung diskriminasi yang berlaku terhadap beberapa jenis vaksin.<br /><br />Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum sesetengah negara menetapkan hanya individu yang menerima vaksin tertentu sahaja akan diberikan pengecualian daripada melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas, menjalani kuarantin selepas tiba di negara berkenaan dan sebagainya.
