Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin memberitahu Parlimen hari ini bahawa Malaysia masih kekal berdaya saing dalam menarik pelabur asing.<br /><br />Beliau juga menolak spekulasi bahawa pelabur asing menarik pelaburan mereka di negara ini berpunca daripada persekitaran pelaburan negara yang tidak kondusif. <br /><br />Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) berhubung status pelabur asing sekiranya akan kembali melabur ke Malaysia pasca Covid-19.
