Siasatan awal pihak polis berhubung isu yang tular memaparkan sebuah kenderaan mewah milik seorang timbalan menteri yang dipandu dalam keadaan berbahaya dikatakan berkejar untuk ke lapangan terbang.<br /><br />Difahamkan kereta jenis Toyota Alphard bernombor pendaftaran P45 itu dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun, yang bekerja sebagai pemandu pemimpin itu.
