Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mempersoalkan rancangan kerajaan untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera yang menurutnya dengan meminggirkan warga Malaysia yang lain.<br /><br />Membangkitkan yang 45.5 peratus ekuiti dipegang entiti asing, Syed Saddiq berkata langkah itu tidak adil untuk warga bukan bumiputera.<br /><br />Ini kerana syarikat milik asing juga diberi pengecualian terhadap peraturan itu, katanya.
