Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Azman Ujang bimbang dengan dakwaan penyelewengan wang yang disita sebagai bahan bukti berjumlah berjuta-juta dolar AS yang dikaitkan dengan tiga pegawai SPRM.<br /><br />Azman memberitahu Malaysiakini bahawa ahli lain lembaga itu turut bimbang dengan tuduhan itu dan kesannya.<br /><br />Azman adalah salah seorang daripada tujuh ahli LPPR yang dilantik untuk penggal tiga tahun pada Mei lalu.