Komuniti perniagaan Melayu berat hati dengan usul hanya membenarkan Bumiputera menjual saham atau syarikat kepada pihak Bumiputera lain, menurut seorang bekas menteri.<br /><br />Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad berkata, ramai ahli perniagaan Melayu yang menentang idea itu. Ada juga yang menyifatkan dasar ini sebagai dasar yang “membunuh diri”, tambahnya.