Seorang Ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambah cabutan khas nombor ekor.<br /><br />Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.<br /><br />Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.
