Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mempersoal sejauh mana keyakinan kerajaan dalam menjamin Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dapat dicapai.<br /><br />Ini kerana jelas beliau, 80 peratus daripada cadangan itu adalah pelan yang sama dibentangkan ketika RMK10 dan RMK11, namun, ia gagal dicapai.<br /><br />Berikutan itu, tegas Pua lagi, kerajaan harus meneliti sebab utama RMK sebelum ini gagal dilaksana supaya pentadbiran Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob boleh meneruskan misi mencapai segala apa yang dirancang.
