Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mengesahkan tidak berlaku sebarang kebocoran data di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membabitkan sistem MyIdentity seperti yang didakwa.

Katanya, polis akan melakukan siasatan terperinci dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang andaian mengenai sumber kebocoran data tersebut.

Sebelum ini, blog teknologi lowyat.net melaporkan bahawa data peribadi yang didakwa diperoleh melalui sistem MyIdentity dijual dalam talian dengan harga 0.2 BTC (kira-kira lebih RM35,000).

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/424392669022384