Surprise Me!

Isteri Minta Cerai Selepas Suami Cacat

2021-09-29 5 Dailymotion

Isteri Minta Cerai Selepas Suami Cacat

Ketika sedang bercinta semuanya indah belaka. Janji untuk sehidup semati merupakan antara ungkapan yang disering diucapkan.

Namun, apabila musibah melanda, segalanya yang pernah dilafazkan dilupakan begitu sahaja.

Itu yang terjadi kepada satu pasangan apabila keindahan berumah tangga diragut selepas si suami hilang sebelah kaki akibat kemalangan.

Keadaan menjadi semakin tegang tatkala si isteri tiba-tiba memohon untuk diceraikan disebabkan termakan dengan hasutan keluarganya yang mendesak supaya berpisah.

Bagaimana lelaki tersebut mahu menyelesaikan kemelut berkenaan? Bukan apa, beliau tidak mahu anak-anaknya yang masih kecil hilang kasih sayang. Adakah isterinya boleh dilabel sebagai derhaka?

Berikut jawapan Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad terhadap permasalahan itu dalam Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup

Buy Now on CodeCanyon