Hanya sijil vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera saja yang diterima sebagai pembuktian seseorang itu lengkap menerima dua dos vaksin.<br /><br />Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba berkata, individu yang mencetak sijil vaksinasi sebagai bukti tidak akan diterima.<br /><br />Menurutnya, ini bagi memastikan sijil vaksinasi lengkap itu tulen tanpa ada sebarang penipuan.
