Bekas perdana menteri Najib Razak mengkritik Muhyiddin Yassin, yang juga bekas perdana menteri kerana cuba menyalahkannya di atas pengubahsuaian di Seri Perdana yang menelan kos RM38.5 juta.<br /><br />Ini selepas Muhyiddin mendakwa antara sebab dia menaik taraf kediaman rasmi perdana menteri itu berikutan Najib telah membawa keluar beberapa perabot dan candelier.
