DRAMA Korea Selatan 'Squid Game' ibarat fenomena sehingga kini menjadi trending di seluruh dunia.

Bukan setakat jalan cerita yang ditayangkan di Netflix itu menarik perhatian, malah barisan pelakonnya juga menjadi bualan hangat.

Penangan hebat drama bersiri itu membuatkan seorang rakyat Malaysia menjadi popular, gara-gara wajahnya dikatakan mirip watak pemain nombor 212, Han Mi-nyeo lakonan Kim Joo-ryoung.