Tiada sebarang kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam boleh dilakukan oleh mana-mana wakil parti politik hingga Khamis ini, kata setiausaha khasnya Nur Azmi Ahmad.<br /><br />Ini kerana Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 September lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 dan tempoh kuarantin itu berakhir pada hari tersebut.