Komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara S Kisona baru-baru ini tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique.<br /><br />Beliau berkata ini memandangkan sukan telah lama jadi menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia selama ini.<br /><br />Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta pandangan menteri berhubung isu itu, memandangkan atlet berkenaan merupakan penduduk di kawasan Rasah yang menurut Cha telah berkorban banyak demi mengharumkan nama negara dan wajar dihargai.