Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini menolak usul tergempar bagi membahaskan pendedahan Kertas Pandora dengan segera. <br /><br />Sebaliknya, dia berkata, perkara itu harus diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi) ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja.<br /><br />Menjawab soalan ketua pembangkang Anwar Ibrahim, Azhar berkata bahawa Kertas Pandora memang merupakan perkara penting namun tidak memenuhi kriteria untuk dibahaskan dengan segera.
