Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dilihat menangis ketika memohon ampun dan maaf kepada rakyat Negeri Melaka atas kekhilafannya selama ini.

Dakwanya, beliau bersama tiga lagi Adun termasuk Sungai Udang, Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri hanya untuk menyekat korupsi berlaku.

Isnin lalu, Nor Azman dan Idris bersama dua lagi Adun, Norhizam Hassan Bakee (Bebas - Pegkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu - Telok MAS) mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Pengumuman itu mendorong kepada pembubaran DUN Melaka oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sebagaimana diumum Speaker DUN, Ab Rauf Yusof, semalam.

Sumber video: https://fb.watch/8t2RjbbuKW/